Thursday, February 19, 2009

POLITIK MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Para blogger yang budiman, meliahat kepada perkembangan politik Malaysia yang kebelakangan ini sedang panas, juga kewujudan blog-blog baru yang membincangkan tentang senario politik kita, maka saya sebagai salah seorang individu/rakyat Malaysia terpanggil untuk mewujudkan blog ini bagi utjuan berkongsi pandangn dan pendapat saya dengan rakyat Malaysia khususnya dalam bidang politik.

Saya merasakan bahawa ruang ini jika dimanfaatkan secara baik, ia akan dapat mencetuskan budaya pemikiran yang agak liberal dikalangan rakyat Malaysia dalam hal berkaitan dengan politik. Ini kerana pemikiran tentang politik atau hal-hal yang berkaitan dengannya seperti pentadbiran dan ekonomi tidak seharusnya 'jumud' ataupun tertutup. Senario ini dapat dilihat apabila kebanyakan rakyat Malaysia apabila membincangkan tentang politik, mereka kebiasaanya akan melontarkan pandangan dan pemikiran yang bias/berat sebelah kepada parti yang disokong walaupun menyedari bahawa perkara tersebut sebenarnya adalah salah. Para penyokong kerajaan tidak akan mengakui kebenaran pembangkang dan pembangkang juga selalu hanya merasakan bahawa segala tindak tanduk kerajaan adalah salah. Natijahnya, kita melihat bahawa ke dua-dua pihak ini tidak dapat berkerjasama dengan baik dalam memajukan negara oleh sebab segala idea-idea yang baik yang datang daripada mana-mana pihak tidak dapat dilaksanakan kerana perbezaan ideologi di antara mereka.

Seharusnya, pada era dunia yang semakin mencabar ini politik Malaysia seharusnya semakin matang dan baik kerana kita sudah merdeka sudah hampir 52 tahun. Namun tidak, budaya jatuh-menjatuhkan, tuduh menuduh, hina-menghina, lompat melompat dan sebagainya semakin meluas sehingga secara tidak sedar kesatuan dikalangan rakyat Malaysia semakin retak oleh kerana hal ini.

Justeru sebenarnya siapakah yang benar?

Adakah kita dapat memastikan siapakah yang benar?

Adakah kerajaan Barisan Nasional sahaja yang benar ataupun Pakatan Rakyat sahaja yang membela nasib rakyat?

Persoalan-persoalan ini sebenarnya tiada jawapan yang sahih untuknya jika diteliti dengan lebih mendalam.

Justeru, saya mengajak rakyat Malaysia untuk mengubah budaya ketaksuban kepada parti dalam soal "melihat siapa yang benar dan yang salah" juga dalam soal "menyelesaikan isu semasa".


Hanya dengan itu kita akan menjadi lebih terbuka dan waras.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment